Ahad, Julai 17, 2011

Pusat Sumber UITM KBM

Sejarah Awal Penubuhan Pusat Sumber

Pusat Sumber UiTM  Kampus Bandar Melaka terletak di tingkat 1 dan tingkat 12, Bangunan Graha Jaya, Jalan Hang Tuah Melaka.  Pusat Sumber di tingkat 12 mula beroperasi sepenuhnya pada Januari 2007, manakala Pusat Sumber di tingkat 1 mula beroperasi pada Ogos 2007.

Penubuhan Pusat Sumber  ini adalah untuk menyokong program pembelajaran dan pengajaran di Kampus Alor Gajah  berikutan penambahan pelajar dan fakulti di Universiti Teknologi MARA .

Pusat Sumber  ini mampu menyediakan  tempat duduk bagi 414  orang pengguna dalam satu masa. Koleksi bahan rujukan yang disediakan adalah bertepatan dengan subjek-subjek yang ditawarkan bagi program Ijazah Sarjana Muda.

Terdapat 46 unit terminal komputer disediakan untuk membolehkan pengguna mengakses katalog perpustakaan (Web-OPAC), pangkalan data atas talian, ‘e-books’ dan ‘e-journals’.

Pengguna juga boleh membaca akhbar dan majalah serta makalah tempatan di ruang yang disediakan.

Pusat Sumber  Kampus Bandaraya Melaka menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan seperti Peminjaman dan Pemulangan pelbagai sumber rujukan, Kemudahan Perkhidmatan IT , Rujukan Koleksi Jurnal/Majalah dan Makalah tempatan serta Akhbar-akhbar Tempatan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan