Sejarah Awal Penubuhan Pusat Sumber
Pusat Sumber UiTM Kampus Bandar Melaka terletak di tingkat 1 dan tingkat 12, Bangunan Graha Jaya, Jalan Hang Tuah Melaka. Pusat Sumber di tingkat 12 mula beroperasi sepenuhnya pada Januari 2007, manakala Pusat Sumber di tingkat 1 mula beroperasi pada Ogos 2007.
Penubuhan Pusat Sumber ini adalah untuk menyokong program pembelajaran dan pengajaran di Kampus Alor Gajah berikutan penambahan pelajar dan fakulti di Universiti Teknologi MARA .
Pusat Sumber ini mampu menyediakan tempat duduk bagi 414 orang pengguna dalam satu masa. Koleksi bahan rujukan yang disediakan adalah bertepatan dengan subjek-subjek yang ditawarkan bagi program Ijazah Sarjana Muda.
Terdapat 46 unit terminal komputer disediakan untuk membolehkan pengguna mengakses katalog perpustakaan (Web-OPAC), pangkalan data atas talian, ‘e-books’ dan ‘e-journals’.
Pengguna juga boleh membaca akhbar dan majalah serta makalah tempatan di ruang yang disediakan.
Pusat Sumber Kampus Bandaraya Melaka menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan seperti Peminjaman dan Pemulangan pelbagai sumber rujukan, Kemudahan Perkhidmatan IT , Rujukan Koleksi Jurnal/Majalah dan Makalah tempatan serta Akhbar-akhbar Tempatan.